Sumber dan penghasilan Glukosa

Biosintesis

Dalam tumbuh-tumbuhan dan sesetengah prokariot, glukosa merupakan hasil proses fotosintesis. Ia juga dihasilkan (terutamanya dalam haiwan dan kulat) daripada peruraian bentuk-bentuk glukosa yang berpolimer—glikogen (haiwan, kulat) atau kanji (bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya); pembelahan glikogen dirujuk sebagai glikogenolisis,[petikan diperlukan] kanji, atau peruraian kanji.[3] Dalam haiwan pula, glukosa disintesiskan dalam hati dan buah pinggang daripada bahan perantara bukan karbohidrat seperti piruvat, laktat dan gliserol melalui proses glukoneogenesis.[petikan diperlukan] Dalam sesetengah spesies bakteria dasar laut, glukosa dihasilkan melalui kemosintesis.[petikan diperlukan]

Komersial

Glukosa dihasilkan secara komersialnya melalui hidrolisis kanji berpemangkin enzim. Pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai sumber kanji di mana jagung, beras, gandum, ubi kayu, hampas jagung dan sagu digunakan di pelbagai tempat di seluruh dunia. Kebanyakan glukosa komersial wujud dalam bentuk komponen gula songsang (invert sugar) iaitu campuran kasar glukosa dan fruktosa bernisbah 1:1. Pokoknya, selulosa boleh dihidrolisiskan menjadi glukosa, namun proses ini belum lagi boleh dipergunakan secara komersialnya.[4] Sirap glukosa (juga dikenali sebagai sirap jagung) secara asasnya merupakan larutan akueus sakarida tulen dihasilkan daripada kanji boleh dimakan, yang mempunyai nilai kesetaraan dekstrosa (dextrose equivalency, DE) sebanyak 20 atau lebih; sirap jagung yang dikeringkan adalah sirap glukosa yang dikeluarkan airnya. Glukosa mempunyai nilai DE sebanyak 100 manakala maltodekstrin kering mempunyai nilai DE kurang daripada 20. Sirap jagung dengan sendirinya mempunyai nilai DE antara 20 dan 95.[5]